RSS Home

Wednesday 24 November 2010

24 NOVEMBER 2010

Takde mood. Rasa melancholic je. Tak happy...makan pn tak mau...

Teringat pula kisah rakan di tempat kerja. Kehilangan suami secara tiba-tiba. Tanpa tanda..tanpa pesanan akhir. Semuanya berlaku dlm sekelip mata. Kasihannya dia...pengajaran yang aku dapat...aku harus sentiasa bersedia bahawa aku juga akan dipanggil kembali mengadapNya pada bila-bila masa.

Untuk itu aku perlu pastikan aku dalam keadaan yg bersedia. Tak lakukan perkara yg akan sebabkan aku terhumban ke neraka. Tak berkata perkara yg akan membakar diriku di neraka.

Allah aku mohon Kau sentiasa sinari hidupku dengan rahmatMu agar aku dapat kembali menemui Kau dalam keadaan Kau mengasihi aku....Amin.....

Saturday 20 November 2010

20 NOVEMBER 2010

.....tk mahu...terpaksa ikut. tk suka...terpaksa sayang. marah...terpaksa pendam. dilema seorang wanita yg tk pernah berkesudahan. Hanya Allah yg menemani dn memahami dlm mengubat hati..

Saturday 6 November 2010

Sabtu November 6 2010

Lama nya tak update blog ni. Sibuk melayan Fb dan blog moral sampai lupa dgn blog ni pulak. Tah macammana tiba2 boleh teringat pasal blog ni...sampai add pun dah lupa. nasib baik ingat nak check kat dashboard.

Hari ini setelah lama..tak masak....tetiba tringin nk makan siput sedut lak. Pegi pasar Pudu ngan darling lepas breakfast. Tp yg geramnya..org jual siput 2 tipu. 1 packet dia jual RM6..tp bila buka lebih drp separuh dh tk bole pakai....tak baikkkk. dosa tipu pembeli.

Petang layan anak study group ngan kengkawan dia. Masakkan ayam kampong kari 1 ekor. Habis sampai malam. Mudahan Amalina dpt semua A dlam SPMnya..

JANGAN BERSEDIH JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA....

Monday 14 December 2009

SUARA HATI KU

Forvigeness is the fragrance that the flower leaves on the heel of the one who crushed it. Susah nak laksanakan....tapi indah kalau berjaya. Walau mungkin kita telah disakiti....masih ada banyak ruang sebenarnya untuk kita merasa bahagia. Hidup ini penuh dengan kejutan. Kekadang kejutan yang membahagiakan.....tapi selalu juga aku dikejutkan dengan kejutan yang menyakitkan.

Takpelah...ujian...aku percaya bahawa there are always flowers for those who wants to see them. Jadi banyak yang aku lakukan untuk bahagiakan diriku kerana when I plant a garden...I plant my happiness. Kekadang aku pergi window shopping..tapi yg ini kurang sikit kesannya, buat kraf....emm..memang seronok dan puas.....pegi holiday....yg ni pun seronok gak...tapi yang paling best...aku mengadu kepadaNya.....hilang stress..tenteram...and yakin semula.

Jom tengok dunia saya....

DUNIA KECIL KU

Dunia kecil ku berkisar dengan aku, suami dan 3 anak-anakku. Inilah dunia kecil yang penuh dengan caca marba yang kadang kala membahagiakan dan kadang kala juga membuat aku jadi haru biru.

aku

 me and my husband

yang sulung baru balik dari wad

anak bungsu, aku, anak nombor dua

MY DECOUPAGE

Akulah yang paling last dlm group aku yg terbuka hati untuk layan decoupage ni...sekadar ambil hati kawan (Jamaliah...thank you darling) yg offer nak ajar. so aku pun dgn berat hati belajarlah...lepas waktu sekolah di bilik sumber guru. Kira macam perkembangan staff jugak la...rupanya tak la susah sgt....taaapiiii.....bahannya mahal...banyak pulak tu...maknanya banyak jugalah stepnya...lepas tu perlu sabar, teliti, fokus, dan paling penting...kreatif. Kalau orang berseni and kreatif , bolehlah hasilkan decoupace yg umph....So dari situ aku pun terus mengembangkan ilmu decoupage aku. Aku surf internet untuk tahu lebih pasal decoupage ni....Haa...ni dia hasil kerja aku (sudah tentu dibantu oleh anak dara aku...the one and only...tq dik...)

KALAU RASA NAK CUBA TEMPAH...BOLEH JUGA....TELEFON NOMBOR  016 3931696

KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN YANG JELAS


hasil yg pertama...sume barang cikgu belikan..Pot puri tu aku punya la

bekas bunga ni aku beli di kedai RM2 kat depan sekolah aku.....

Tempat key...Cantikkan...cara nak buat yg cermin lain tau. Guna reverse technique...belajar kat internet banyak tau video tutorial pasal decoupage ni



Kat rak nilah aku display pasu-pasu comel tu...rak ni yg paling aku menyampah...3 kali aku buat sume tak ngam di hatiku. Habis napkin cantik aku. Last-last aku balut ngan wall paper....tapi....kengkawan ingat rak tu aku decoupage

Nak tau...ni sebenarnya jam dinding aku yang dah rosak. Yang sebelah dia tu pot puri...aku buat sendiri.

Labu sayung ni anak bungsu aku bawa balik dari lawatan ke Perak lepas dia selesai UPSR. aku kurang gemar warna hitam dia. Jadi.....apa lagi...

Ini lak botol livita...Haa.....yg tinggi tu kalau tak silap botol honey

Aku kutip pasu door gift kenduri kahwin. ...dah pecah. Aku bawa balik...mcm biasa...gam and coupage..yea....cantikkan jadi bekas remote control.

Kalau nak tau...ini ialah piring microwave aku yg dh rosak. Aku guna reverse technique....
  
Ini asalnya kotak kayu plain yg aku beli di pusat craft perkahwinan

kotak tissue kayu


kotak tissue plastik

tong sampah ni susah nk arrange bunganya. tapi bebaloi...dan foto frame ni aku letak 3 cahaya mataku....

foto frame gambar aku terima anugerah cemerlang 2009

Senduk...jadi perhiasan dapur

Bekas broach anak dara...

Ok tak....?

Sunday 13 December 2009

DECOUPAGE ITEMS FOR SALE 1

NAK BELI? CALL NORAINI - 016 393 1696


KOTAK TISSUE ROYAL ALBERT
RM50

KOTAK SERBAGUNA ROYAL ALBERT
RM 40

FRAME BUNGA 1 =  RM 20

FRAME BUNGA 2 = RM20